Monday, September 7, 2015

Belajar mensyukuri

3 hari yang lepas aku menghadari satu intensif seminar yang sangat hebat memberi impak besar buat diriku yang hanyut dibuai arus dunia yang sekian hari sekian cepat. Sehingga aku terlupa apa sebenarnya tujuanku di sini. Aku sekian hari makin tenggelam dan tenggelam di dalam lautan yang besar itu. Makin jauh dan makin jauh dari tujuan asalnya. Aku digelapkan dengan penghargaan dunia. Aku dikabusi dengan kesenangan dunia. Aku ditutupi dengan selimut hitam yang tidak membenarkan cahaya menembusinya.

Syukur aku kini diberikan kesedaran oleh Illahi atas kekhilafanku ini. Atas ketidak kesedaran aku selama ini. Hari ini aku rasa sangat bahagia. Menikmati saat ini.Menikmati perjalanan hidupku hari ini bukan yang semalam mahupun bukan yang esok hari juga. Hari ini adalah hadiah yang perlu aku nikmati agar merasai nikmat yang Allah sentiasa berikan kepadaku.

Terima kasih Allah....Terima kasih Allah...Terima kasih Allah membuka mata hatiku kembali.

Saturday, August 22, 2015

Blog wordpress baru aku tau...hihi

Alhamdulillah dah bertahun guna blogspot. Haaa...korang jangan tak tau aku ada blog lagi satu wordpress version tapi kat sana more tue cam citer kesihatan. Tapi aku tulis jer apa yang aku suka kan. Ada aku kisah.wakakaka...haaa...jom singgah jom...

www.clickmoment.net

Layan entry-entry aku pas dah jadi mak-mak orang wei...kat blog ini banyak story masa aku single mingle kan....jadi updgrade ler sket kan...hahaha...:P

Harap-harap korang dapat ilmu yang bermanfaat kat sana yer. Aku share all yang aku tau ok. Moga ilmu aku ini dapat membantu korang-korang kat luar sana.

Blog ini pun masih hidup jugak. Tapi tak ler sekerap blog yang lagi satu tue. Anyway aku sayang blog aku yang evergreen nie tau. Entry dari tahun 2008 wei...lama gilerrr...hahahaha...

Tuesday, February 3, 2015

Hidup sihat tanpa Gula

Tahukah anda penyebab utama penyakit pada diri manusia adalah GULA. Iyer gula pasir yang biasa itu adalah pencetus penyakit apabila kita mengambilnya secara konsisten setiap hari. Sudah semestinya kita ambil setiap hari dan jika kita makan di luar, kebanyakkan masakan turut diletakkan gula di dalamnya. Maka pengambilan gula kita seharian adalah tinggi dari apa yang diperlukan oleh tubuh.

Maka tidak hairanlah yang penyakit Diabetes adalah penyakit utama yang dihidapi oleh orang Malaysia kerana faktor ini. Pemakanan yang tidak sihat bersama pengambilan gula yang berlebihan dari keperluan tubuh.

Tapi kini tidak perlu risau lagi..kerana sudah ada satu solusi yang bakal menjadi pengganti kepada gula. Pengambilan bahan ini tidak memberi kesan buruk pada tubuh kerana ianya datang dari pohon herba yang amat baik untuk kesihatan kita.

Semestinya jawapannya adalah STEVIA :

Berminat nak cuba produk yang sangat baik untuk kesihatan kita nie...

Whatsapp/Telegram/SMS/Call 013-3331610