Friday, September 12, 2008

Hatiku ini...

Saat dan ketika ini..
Aku terasa diri ini seperti tidak mampu menanggung..
Menahan sebak didada...
Menahan air mata...

Pelbagai persoalan timbul dihatiku...
Apa lagi yang dia mahukan dari aku..
Tidak puas lagikah hati ini dilukainya...
Masih kurangkah penyeksaan yang diberikan kepadaku..

Aku begitu keliru...
Aku begitu naif untuk memahami..
Aku begitu kusut memikirkannya..
Aku tak mampu merungkai apa disebalik semua ini...

Sudah aku noktahkan hubungan itu...
Sudah aku hanyutkan perasaan itu..
Sudah aku buang memori indah itu...
Telah kukosongkan hatiku ini...

Namun kala aku mengubat luka dihatiku ini...
Engkau menjelma semula...
Mendamba kasih lama yang telah berkuburan...
Mengharapkan aku akan kembali padamu...

Jawapannya sama sekali "TIDAK"
Aku tidak mahu engkau wujud lagi dalam hidupku..
Aku tidak mahu hati aku terus terseksa...
Aku tidak mahu hidup aku terus merana...

Di sini aku hanya memohon..
Lepaskan diriku ini...
Biarkan aku bebas...
Seperti camar yang terbang luas di angkasa...

Biarkan aku gembira seperti insan lain...
Biarkan aku mengecapi bahagia kembali...
Biarkan aku bisa tersenyum and tertawa...
Jangan berdarahkan kembali luka di hatiku ini...

Aku hanya mahukan kebahagian itu...
Aku hanya mahukan kehidupanku kembali...
Kehidupan sebelum aku mengenalimu dulu...
Kala aku begitu tenang dan menikmati setiap ruang kehidupan....

Luahan hatiku: eyza

2 comments:

syed shah rizal said...

indah betul bait2 ni ..puitis ...sedih pun ade...ipoh mali..mmmm..i;m also from perak..long ago leave taman meru, jelapang...then migrate to cameron highland...happy blogging

The Street Walk of Life said...

thank you very much... :)