Friday, January 9, 2009

Kawan..

Siapa itu kawan..
Adakah engkau kawan kalau ada hanya bila aku senang..
Adakah engkau kawan kalau ada hanya utk meminta pertolongan..
Adakah engkau kawan kalau hanya ada bila aku berduit..
Adakah engkau kawan kalau ada hanya bila aku bahagia..

Kawan..
Adakah kamu sanggup bergelar kawan..
Kalau kamu yg tikam aku dari belakang..
Kalau kamu yg memfitnah aku sana ke mari..
Kalau kamu yg menjadi talam bertalam-talam..

Kawan..
Adakah kamu mengaku kamu kawan..
Kalau kamu lari bila aku kesusahan..
Kalau kamu hilang bila aku kepapaan..
Kalau kamu hilang bila aku kedukaan..

Kawan..
Jgn mencari aku hanya bila memerlukan..
Jgn mencari aku bila aku ingin dipergunakan..
Jgn mencari aku bila aku bisa membahagiakan..
Jgn mencari aku bila aku tersenyum sahaja..

Kawan..
Aku ingin kau mendampingiku..
Dikala susah dan senangku..
Dikala duka dan bahagiaku..
Dikala jatuh dan bangunku..

Bukan sekadar batuk di tangga..
Bukan sekadar habis manis sepah dibuang..
Bukan sekadar di pinggiran..
Dan bukan sekadar sekejap ada...sekejap takder...

2 comments:

nobody said...

tu la kan... kawan ada macam2 jenis.. sahabat pun same... begitu jugak dgn rakan.. =) kawan yg bagus ialah kawan yg bisa ada masa kita senang dan susah.. kan eyta..=)

The Street Walk of Life said...

yes dear...always there...no matter what..:D