Blog ini sgt2 berinformasi utk bakal2 ibu...dan utk ibu2 di luar sana...thanks for all the information kak Engku
Gusi Berdarah
Gusi anda menjadi lebih lembut dan mudah cedera semasa kehamilan. Gusi anda mungkin membengkak, menyebabkan plak terkumpul pada dasar gigi. Ini akan mengakibatkan penyakit gusi dan pereputan gigi.
Simptom:
- Gusi berdarah, terutamanya selepas anda memberus gigi.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berus dan flos gigi anda dengan sempurna selepas makan.
- Berjumpalah dengan doktor gigi anda. Rawatan adalah percuma sepanjang kehamilan tetapi anda tidak sepatutnya mengambil x-ray atau ubat bius yang umum.
Sesak Nafas
Pada peringkat akhir kehamilan, bayi yang membesar mengenakan tekanan ke atas diafragma anda, menghalang anda daripada bernafas dengan bebas. Keadaan ini pulih kira-kira sebulan sebelum pelahiran apabila kepala bayi turun ke ruang pelvik. Sesak nafas juga boleh disebabkan oleh penyakit anemia.
Simptom:
- Sesak nafas apabila anda membebankan diri anda atau apabila bercakap.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehatlah sebanyak mungkin.
- Cuba meringkuk jika tidak ada kerusi di sekitar anda dan anda berasa sesak nafas.
- Gunakan satu lagi bantal tambahan pada waktu malam.
- Sekiranya anda tiba-tiba sesak nafas ketika menaiki tangga, cuba meringkuk. Pegang susur tangga.
- Sekiranya masalah anda ini serius, berjumpalah dengan doktor atau bidan anda.
Sembelit
Hormon kehamilan progesteron mengendurkan otot usus. Oleh itu, pergerakan usus anda diperlahankan, menyebabkan anda lebih berkemungkinan mengalami sembelit.
Simptom:
- Pembuangan air besar yang keras dan kering pada sela masa yang kurang kerap daripada biasa.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Makan makanan berserabut tinggi dengan banyak dan minum banyak air. Pergilah ke tandas sekerap yang anda perlu.
- Bersenam dengan tetap.
- Ambil zat besi tambahan yang diperskribkan selepas anda makan, bersama-sama air yang banyak.
- Berjumpalah dengan doktor jika masalah berterusan. Elakkan pengambilan julap.
Kekejangan
Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.
Simptom:
- Kontraksi otot yang menyakitkan, biasanya pada anak betis dan kaki. Ini kerap berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula apabila anda meregangkan kaki dengan jari kaki mengarah ke bawah.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Urut anak betis atau kaki yang kejang.
- Untuk mendapatkan kelegaan daripada kekejangan yang menyakitkan, tarik kaki ke atas ke arah anda dan urut anak betis dengan kuat.
- Selepas sakit anda hilang, berjalanlah seketika untuk menggalakkan peredaran darah.
- Berjumpalah dengan doktor yang mungkin mempersribkan zat tambahan kalsium dan vitamin D.
Berasa Pitam
Tekanan darah anda lebih rendah semasa hamil, menyebabkan anda lebih berkemungkinan bersa pitam.
Simptom:
- Berasa pening dan tidak stabil. Anda perlu duduk atau baring.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Cuba jangan berdiri terlalu lama.
- Jika anda berasa pitam, duduk dan letak kepala di antara lutut sehingga anda berasa lebih baik.
- Selepas mandian di tab mandi atau baring, berdirilah dengan perlahan. Sekiranya anda berbaring menelentang, mengiring terlebih dahulu.
Kerap Membuang Air Kecil
Disebabkan oleh rahim yang menekan pundi kencing. Keadaan ini pulih pada bulan pertengahan kehamilan.
Simptom:
- Anda perlu membuang air kecil dengan kerap.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Jika anda terpaksa bangun pada tengah malam untuk pergi ke tandas, jangan minum banyak air sebelum tidur.
- Berjumpalah doktor jika anda berasa sakit kerana anda mungkin mengalami jangkitan.
Pedih Ulu Hati
Injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).
Simptom:
- Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan makan dengan banyak, makanan yang terlalu pedas, atau makanan yang bergoreng.
- Pada waktu malam, cuba minum susu panas dan tinggikan bahagian atas katil atau gunakan lebih daripada sebiji bantal.
- Pedih ulu hati dan tidak dapat tidur, susunan bantal berlapis adalah lebih selesa jika anda mengalami masalah pedih ulu hati atau tidak dapat tidur.
Pelepasan Air Kencing Secra Tidak Sengaja
Disebabkan oleh otot dasar pelvik yang lemah dan bayi yang semakin membesar menekan pundi kencing.
Simptom:
- Pelepasan air kencing secara tidak sengaja apabila anda berlari, batuk, bersin atau ketawa.
- Buang air kecil dengan kerap.
- Latihlah senaman dasar pelvik anda dengan kerap.
- Elakkan sembelit dan mengangkat benda yang berat.
Muntah
Biasanya merupakan tanda pertama kehamilan dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Keadaan menjadi lebih teruk jika anda keletihan. Rasa loya biasanya hilang selepas minggu 12, tetapi adakalanya kembali semula.
Simptom:
- Berasa loya, biasanya apabila terhidu makanan tertentu atau asap rokok. Kebanyakkan wanita mendapati bahawa simptom berlaku pada masa tertentu dalam sehari.
- Cuba makan sesuatu untuk mengelakkan rasa loya.
- Untuk meredakan rasa loya, cuba makan biskut, roti bakar atau buah-buahan. Biskut berhalia atau air halia juga boleh membantu anda, begitu juga dengan air mineral.
- Elakkan makanan dan bau yang membuat anda berasa loya.
- Makan sedikit tetapi dengan kerap sepanjang hari.
- Untuk meredakan rasa loya, cuba makan biskut, roti bakar atau buah-buahan. Biskut halia atau air halia juga boleh membantu anda, begitu juga dengan air mineral.
Buasir
Tekanan daripada kepala bayi menyebabkan vena disekeliling anus anda membengkak. Keadaan bertambah buruk apabila anda memaksa diri membuang air besar. Buasir yang tidak serius biasanya hilang tanpa perlu dirawat selepas bayi dilahirkan.
Simptom:
- Berasa gatal, sakit atau berlaku pendarahan apabila anda cuba membuang air besar.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan sembelit
- Cuba jangan berdiri terlalu lama.
- Bungkusan ais (kacang pea beku yang diisi dalam beg politena berikat) yang diletakkan pada buasir mungkin mengurangkan gatal.
- Jika buasir berterusan, berjumpalah doktor atau bidan yang mungkin akan memberi anda minyak sapu.
Ruam
Biasanya berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan sentiasa berpeluh. Boleh juga disebabkan oleh perubahan hormon.
Simptom:
- Ruam berwarna merah, biasanya timbul pada lapisan kulit yang berpeluh di bawah buah dada atau di topang.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Sentiasa basuh dan keringkan bahagian ini. Gunakan sabun tanpa pewangi.
- Legakan kulit dengan losyen kalamin.
- Pakai pakaian kapas yang longgar.
Sukar Untuk Tidur
Anda mungkin menghadapi masalah ini kerana bayi anda menendang anda, anda kerap pergi ke tandas, atau saiz bonjolan anda menyebabkan anda berasa tidak selesa di atas katil. Doktor anda mungkin enggan memperdskribkan pil tidur.
Simptom:
- Sukar untuk tidur dan apabila terjaga daripada tidur, sukar untuk tidur semula. Sesetengah wanita mengalami mimpi ngeri tentang kelahiran bayi mereka. Anda tidak perlu risau akan mimpi anda kerana mimpi bukan jangkaan apa yang akan berlaku.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Membaca, senaman ringan untuk relaks atau mandi air panas sebelum tidur, dapat membantu anda tidur.
- Cuba gunakan lebih daripada sebiji bantal. Jika anda tidur mengiring, letakkan bantal di bawah paha anda.
Kesan Regangan
Ini berlaku apabila kulit anda meregang melebihi kekenyalannya yang biasa. Pertambahan berat yang berlebihan juga mengakibatkan kesan ini. Kesan ini jarang hilang, tetapi mungkin pudar menjadi jalur nipis berwarna keperak-perakan.
Simptom:
Tanda merah, yang ada kalanya muncul ada kulit paha, perut atau buah dada semasa kehamilan.
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan pertambahan berat badan yang terlalu pantas
- Menyapu pelembap pada kulit mungkin menyejukkan serta melegakan walaupun krim dan ubat sapu tidak akan mengelakkan atau memulihkan kesan regangan
Berpeluh
Disebabkan oleh perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah sepanjang kehamilan
Simptom:
Berpeluh selepas menggunakan sedikit tenaga atau terjaga pada waktu tengah malam dalam keadaan panas dan berpeluh
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Pakai pakaian kapas yang longgar, elakkan fabrik buatan manusia
- Minum banyak air
- Buka tingkap pada waktu malam/buka 'aircond' jika ada
Buku Lali Dan Jari Tangan Bengkak
Sesetengah bengkakan (edema) merupakan perkara biasa semasa kehamilan kerana badan menyimpan lebih banyak air. Ini biasanya tidak perlu dirisaukan
Simptom:
Sedikit bengkakan pada buku lali, terutamanya apabila cuaca panas dan pada penghujung jari. Sepatutnya, ini tidak akan menyebabkan kesakitan atau rasa tidak selesa. Anda juga mungkin menyedari keadaan jari tangan anda yang kaku dan membengkak pada waktu pagi, dan cincin anda tidak muat dipakai
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehat dengan meletakkan kaki ke atas
- Cuba senaman kaki yang ringan, Pegang tangan anda di atas kepala, gerakkan sendi, dan regangkan setiap jari
- Berjumpalah dengan doktor atau bidan anda. Tanda kebengkakan yang berlebihan mungkin merupakan penyakit pre eclampsia
Seriawan
Perubahan hormon kehamilan meningkatkan peluang anda menghidap seriawan. Adalah penting penyakit ini di rawat sebelum bayi anda dilahirkan kerana ini mungkin berjangkit ke mulutnya dan menyebabkan sukar untuk memberinya makanan. Mencuci dengan sabun boleh memburukkan lagi masalah ini
Simptom:
Lelehan pekat berwarna putih keluar dan berasa sangan gatal. Anda juga mungkin berasa sakit apabila membuang air kecil
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Hentikan penggunaan sabun jika anda berasa sakit
- Masukkan sedikit dadih biasa ke dalam faraj dengan menggunakan jari
- Elakkan penggunaan seluar dalam daripada nilon, seluar panjang yang ketat, serta semburan penghilang bau untuk faraj
- Berjumpa dengan doktor, yang mungkin memperskribkan krim atau 'vaginal pessary'
Keletihan
Disebabkan oleh kehamilan yang membebankan badan anda. Ada kalanya juga disebabkan oleh kerisauan.
Simptom:
Berasa penat dan berasa hendak tidur pada siang hari. perlu tidur lebih lama pada waktu malam
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehat sebanyak mungkin dan berlatihlah senaman untuk relaks
- Tidur lebih awal
- Jangan bekerja terlalu keras
Lelehan Faraj
Anda mungkin akan mendapati meningkatnya mukus yang dihasilkan oleh faraj disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan
Simptom:
Lelehan faraj yang jernih dan putih meningkat sedikit, tetapi tidak menyakitkan
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Elakkan semburan penghilang bau untuk faraj atau sabun yang berpewangi
- Pakailah tuala wanita yang ringan
- Berjumpalah dengan doktor jika anda berasa gatal, sakit atau lelehan yang keluar berwarna atau berbau busuk
Vena Varikos
Anda lebih berkemungkinan mengalami masalah ini pada kehamilan yang lebih lewat sekiranya berat badan anda berlebihan atau anda mewarisinya daripada keluarga anda. Masalah ini bertambah buruk jika anda berdiri terlalu lama atau duduk dalam keadaan kaki bersilang.
Simptom:
Kaki yang sakit; vena pada anak betis dan paha menjadi sakit dan membengkak
Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Berehat dalam keadaan kaki di atas, Cuba naikkan kaki katil anda dengan menggunakan bantal
- Seluar getah ketat yang berpenyokong mungkin dapat membantu anda. Pakai sebelum anda bangun pada waktu pagi
- Lakukan senaman untuk kaki
No comments:
Post a Comment