Minggu nie officially aku pindah dr umah abang aku dan kakak iparku. Setelah hampir 6 tahun dok bersama mereka akhirnya aku kuar dari situ dan dok sendiri ngan hubby pulak. Tetiba hati jd sebak laks memikirkan selalu aku balik umah, dengar riuh rendah bebudak kat umah tue...Adam,Yusuf,Aisyah ngan Danial. Aku sentiasa ada bersama mereka dari kecik smp ler semua dah bijak2 belaka dah...terasa masa begitu cepat berlalu...takku sedari rupa-rupanya dah bertahun2 aku dok situ. Terima kasih byk2 yg tidak terhingga pada angah kerana membenarkan aku menumpang dan menjadi sebahagian keluarga kecil mereka. Allah jer yang mampu membalas semuanya. Mohon ampun dan minta halal atas semua dan segala-galanya. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama aku walau dalam susah dan senang. Terima Kak Ina kerana menjadi pendengar dan penasihat aku selama ini. Menolong aku dalam pelbagai perkara dalam hidupku ini. Aku membesar dan sebahagian perjalanan hidupku bersama mereka. Kini sudah tiba masa aku perlu bergerak sendiri untuk membina keluargaku pula. Bersama kehadiran suami tercinta Mr.B dan anak yg bakal lahir aku harapkan hidup aku sempurna dan sentiasa bahagia dan mendapat keberkatan dari Illahi. Pada angah dan keluarga aku doakan agar keluarga bahagia angah akan kekal selamanya dan sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Illahi juga.
Seperti kata pepatah setiap satu permulaan pasti ada penghujungnya, maka penghujung utk aku bersama keluarga abgku kini sudah tiba. Walaupun tidak duduk sebumbung namun kami still masih boleh lawat melawati. Walaupun bunyinya mudah seperti yang dikatakan, namun emosiku turut terheret dgn memori2 indah yang sentiasa bermain2 di minda dan kotak fikiranku..gelak tawa anak2 buahku,suara2 pekik lolong kakak iparku memarahi anak-anaknya, suasana riuh rendah apabila semuanya nak berckp....hahahah...suasana keluarga yg begitu meriah...aku rindukan semua itu...namun aku perlu teruskan jua hidupku ini...kerana all those sweet memory remains in my life forever and ever dan tiada siapa mampu memberi dan merampasnya dari aku...kerana itu semua kenangan hidupku....yg begitu indah dan tidak ternilai nilainya...tika menaip coretan ini, terasa air jernih tersekang hanya menunggu masa jatuh dr kelopak mataku...sungguh bermakna semua ini dalam hidupku...Allah kuatkanlah aku untuk menerima semuanya...Amin.
No comments:
Post a Comment