Tuesday, January 19, 2016

Jamu

Assalammualaikum semua..

Buat teman-teman yang ku kasihi, aku hari ini membuat satu entry untuk memberi kesedaran tentang penggunaan jamu dalam penjagaan kesihatan kita. Penggunaan jamu sebagai satu elemen yang digunakan untuk mendapat kesihatan yang baik telah menjadi amalan tok nenek moyang kita.



Anugerah alam yang Allah Taala berikan ini sungguh indah amat berkhasiat untuk kesihatan kita semua. Baik lelaki mahupun wanita bakal mendapat manfaat yang berguna dengan pengambilan jamu secara konsisten ini. Cuba lihat nenek moyang kita, tubuh badan mereka semua sihat dan tegap walaupun umur sudah mencecah usia emas. Semuanya kerana amalan pemakanan yang cukup sempurna yang mereka berikan pada tubuh mereka.

Tumbuh-tumbuhan dan akar kayu yang sentiasa menjadi perhatian mereka dan diolah menjadi jamu yang memberi kesan terbaik buat tubuh kita. Syukur Ya Allah kerena pemberian tumbuh-tumbuhan yang penuh khasiat buat kami semua.