Tuesday, January 19, 2016

Jamu

Assalammualaikum semua..

Buat teman-teman yang ku kasihi, aku hari ini membuat satu entry untuk memberi kesedaran tentang penggunaan jamu dalam penjagaan kesihatan kita. Penggunaan jamu sebagai satu elemen yang digunakan untuk mendapat kesihatan yang baik telah menjadi amalan tok nenek moyang kita.



Anugerah alam yang Allah Taala berikan ini sungguh indah amat berkhasiat untuk kesihatan kita semua. Baik lelaki mahupun wanita bakal mendapat manfaat yang berguna dengan pengambilan jamu secara konsisten ini. Cuba lihat nenek moyang kita, tubuh badan mereka semua sihat dan tegap walaupun umur sudah mencecah usia emas. Semuanya kerana amalan pemakanan yang cukup sempurna yang mereka berikan pada tubuh mereka.

Tumbuh-tumbuhan dan akar kayu yang sentiasa menjadi perhatian mereka dan diolah menjadi jamu yang memberi kesan terbaik buat tubuh kita. Syukur Ya Allah kerena pemberian tumbuh-tumbuhan yang penuh khasiat buat kami semua.









Monday, September 7, 2015

Belajar mensyukuri

3 hari yang lepas aku menghadari satu intensif seminar yang sangat hebat memberi impak besar buat diriku yang hanyut dibuai arus dunia yang sekian hari sekian cepat. Sehingga aku terlupa apa sebenarnya tujuanku di sini. Aku sekian hari makin tenggelam dan tenggelam di dalam lautan yang besar itu. Makin jauh dan makin jauh dari tujuan asalnya. Aku digelapkan dengan penghargaan dunia. Aku dikabusi dengan kesenangan dunia. Aku ditutupi dengan selimut hitam yang tidak membenarkan cahaya menembusinya.

Syukur aku kini diberikan kesedaran oleh Illahi atas kekhilafanku ini. Atas ketidak kesedaran aku selama ini. Hari ini aku rasa sangat bahagia. Menikmati saat ini.Menikmati perjalanan hidupku hari ini bukan yang semalam mahupun bukan yang esok hari juga. Hari ini adalah hadiah yang perlu aku nikmati agar merasai nikmat yang Allah sentiasa berikan kepadaku.

Terima kasih Allah....Terima kasih Allah...Terima kasih Allah membuka mata hatiku kembali.

Saturday, August 22, 2015

Blog wordpress baru aku tau...hihi

Alhamdulillah dah bertahun guna blogspot. Haaa...korang jangan tak tau aku ada blog lagi satu wordpress version tapi kat sana more tue cam citer kesihatan. Tapi aku tulis jer apa yang aku suka kan. Ada aku kisah.wakakaka...haaa...jom singgah jom...

www.clickmoment.net

Layan entry-entry aku pas dah jadi mak-mak orang wei...kat blog ini banyak story masa aku single mingle kan....jadi updgrade ler sket kan...hahaha...:P

Harap-harap korang dapat ilmu yang bermanfaat kat sana yer. Aku share all yang aku tau ok. Moga ilmu aku ini dapat membantu korang-korang kat luar sana.

Blog ini pun masih hidup jugak. Tapi tak ler sekerap blog yang lagi satu tue. Anyway aku sayang blog aku yang evergreen nie tau. Entry dari tahun 2008 wei...lama gilerrr...hahahaha...

Tuesday, February 3, 2015

Hidup sihat tanpa Gula

Tahukah anda penyebab utama penyakit pada diri manusia adalah GULA. Iyer gula pasir yang biasa itu adalah pencetus penyakit apabila kita mengambilnya secara konsisten setiap hari. Sudah semestinya kita ambil setiap hari dan jika kita makan di luar, kebanyakkan masakan turut diletakkan gula di dalamnya. Maka pengambilan gula kita seharian adalah tinggi dari apa yang diperlukan oleh tubuh.

Maka tidak hairanlah yang penyakit Diabetes adalah penyakit utama yang dihidapi oleh orang Malaysia kerana faktor ini. Pemakanan yang tidak sihat bersama pengambilan gula yang berlebihan dari keperluan tubuh.

Tapi kini tidak perlu risau lagi..kerana sudah ada satu solusi yang bakal menjadi pengganti kepada gula. Pengambilan bahan ini tidak memberi kesan buruk pada tubuh kerana ianya datang dari pohon herba yang amat baik untuk kesihatan kita.

Semestinya jawapannya adalah STEVIA :

Berminat nak cuba produk yang sangat baik untuk kesihatan kita nie...

Whatsapp/Telegram/SMS/Call 013-3331610






Tuesday, October 14, 2014

Happy Birthday Alisha!!

Alhamdulillah hari ini genap Alisha 3 tahun...Syukur sangat-sangat Allah kurniakan puteri sulungku ini dan memberikan aku peluang untuk bergelar seorang mama..:) Alisha dah 3 tahun rupanya..begitu cepat masa berlalu sehingga aku ingatkan anakku ini masih baby comey yang aku pegang satu masa dulu...

Allahuakbar begitu indah pengalaman itu...3 tahun yang lalu ketika ini aku sedang melalui saat indah dalam hidupku..dari seorang isteri aku bergelar seorang mama dengan kehadiran bayi comey yang diberikan nama Alisha Arissa..She just an amazing child...sangat bijak..sangat petah...dan sgt baik.

Permata hatiku ini begitu manis dengan senyuman di bibirnya..dengan matanya yang buntal dan galak tue kadang-kadang nak marah pun x jadi..seperti kata kawan-kawanku mata Alisha seperti mata character cartoon "Puss in the Boot" yang kucing comey tue..hihik..

Riuh rendah dia kat umah memang indah walaupun kadang-kadang geram jugak rasanya..hahaha..tapi kalo dia xder kat umah sunyi sepi jer umah..

Selamat Hari Jadi Sayangku Alisha...:) Semoga menjadi anak yang solehah...sentiasa mendapat keberkatan dariNya..semoga panjang umur...murah rezeki dan sentiasa gembira sentiasa...amin..

Friday, October 10, 2014

OUT OF STOCK

Assalammualaikum semua..

Ini Iza nak inform kepada semua...Stok LS SLIM HERB dah tak ada..
Dah berbulan-bulan menunggu stoknya daripada owner..

Minta maaf banyak-banyak untuk yang inginkan LS SLIM HERB...I try my best untuk dapatkan stok but unfortunately ownernya mendiamkan diri...jadi saya sebagai agent tidak tahu apa lagi yang boleh dibuat.

Sebagai alternative, Kini Iza ada juga produk slimming lain yang boleh anda cuba dan gunakan...dan resultnya memang meletop..


Berminat nak cuba mai contact Iza : 013-3331610



Wednesday, September 3, 2014

My life now

Assalammualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernafas hari ini...amin..

Owh sudah lama sungguh blog ini sudah bersawang rasanya...life sekarang nie sangat padat jadualnya aku rasa...huhu...rasa cam x cukup jer 24 jam sehari..

Life as mom to 2 child...memang kadang2 rasa cam nak tonggang terbalik rasanya...especially this few weeks yang agak mencabar untuk diriku ini...anak2 tak sihat..mula2 Alisha anak sulungku yang tak sihat sampai masuk Hospital Pantai Ampang lagi k...

Minggu Lepas pulak Hariz anak keduaku tetiba kena demam panas dan batuk yang agak teruk..kerisauan sungguh sampai hampir tiap2 hari tak tido betul rasanya sekarang nie bila anak2 sakit...tapi Allah sentiasa ada bersamaku memberikanku kekuatan menghadapi ujian Allah ini kan...penat jangan dikira la kan..

Semalam pula suami pulak sakit...huhu...rasa nak pengsan rasanya diri ini...sorang2 handle everything...tapi setiap yang Allah uji kita tue pasti kita boleh lalui dan lakukan dengan baik kan...Insyaallah ada sinar dan ada hikmah atas apa yang terjadi kan...Moga Allah pelihara seluruh ahli keluargaku agar sentiasa sihat dan gembira selalu...serta sentiasa mendapat rahmat daripadaNya...amin2...

Anyway...I love my family so much...


Picture me and my family kat atas feri nak pi Penang

Quote of the day