Friday, October 10, 2008

Melayu..

Adakah aku masih melayu..
Mencari jati diri seorg melayu..
Aku melayu moden kata seseorg..
Mengapa perlu kita menjadi melayu..

Adakah salah menjadi seorg melayu..
Begitu indah bangsa itu..
Begitu berbudaya melayu itu..
Penuh tata susila penuh peradaban..

Mengapa perlu malu menjadi melayu..
Melayu bangsa bertamadun dunia ini..
Gagah mempertahan tradisinya..
Kukuh kekal dengan caranya tersendiri..

Namun org melayu sendiri yg memperlekehkannya sendiri..
Takut digelar sebagai komunis di negeri sendiri..
Takut pada bayang-bayang sendiri juga..
Sentiasa mempertuankan bangsa lain dan bukannya bangsa sendiri..

Kita perlu maju ke depan..
Bukan tunggu dan lihat sahaja..
Buang semua sikap yg negatif..
Yang sering kali dikaitkan dengan seorg melayu..

Kita melayu berwibawa..
Kita melayu yang berjaya..
Kita melayu yg punya masa depan..
Kerna kita punya peluang mengubahnya semua..

No comments: